fbpx

Dua lelaki pengedar 32,000 biji pil kuda dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Kota Bharu dan Pasir Mas semalam.

KOTA BHARU – Dua lelaki tidak sempat mengedar sebanyak 32,000 biji pil kuda bernilai RM197,230 selepas mereka dicekup di sebuah kedai makan di Kampung Pendek Batu 5, Jalan Salor dekat sini semalam.

Kedua-dua suspek berusia 36 dan 29 tahun itu ditahan semasa mereka keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi kira-kira pukul 5 petang.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pemeriksaan di dalam kereta itu kemudiannya menemui bungkusan plastik mengandungi 2,000 pil yaba.

Menurutnya, susulan rampasan dadah itu, salah seorang suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Padang Embun, Pasir Mas.

“Pemeriksaan di dalam sebuah bilik di rumah itu menjumpai lima bungkusan di dalam laci yang mengandungi sebanyak 30,000 biji pil kuda,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait dadah.

Tambahnya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI