fbpx

Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Payung yang dipegang seorang anggota APM diterbangkan angin kencang sewaktu melakukan pemantauan di Pantai Pulau Kekabu, Marang baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu mula mengalami banjir gelombang ketiga dengan daerah Dungun dan Marang mula terjejas berikutan hujan lebat tanpa henti selama hampir 24 jam sejak pagi semalam.

Setakat ini, seramai 102 mangsa daripada 25 keluarga sudah berpindah ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua daerah terbabit.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun mempunyai 90 mangsa daripada 22 keluarga.

“Mereka kini berlindung di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun.

“Seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga pula berada di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, bilangan mangsa terjejas dijangka boleh meningkat pada bila-bila masa memandangkan kebanyakan kawasan di negeri ini masih dilanda hujan.

Kosmo! kelmarin melaporkan Terengganu dijangka mengalami hujan sangat lebat secara berterusan dan menyeluruh selama tiga hari sehingga esok.

Fenomena itu turut membawa angin kencang disebabkan tempias pertembungan ribut Jelawat dan angin tropika di Laut China Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI