fbpx

Konflik Palestin-Israel: AS tuduh Iran serang kapal tangki berhampiran India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH dron menyerang kapal MV Chem Pluto milik syarikat Jepun, 370 kilometer di luar pantai India, semalam. - @IndiaCoastGuard/X

WASHINGTON – Sebuah dron dipercayai dari Iran menyerang sebuah kapal tangki kimia milik Jepun semalam di luar pantai India, kata Pentagon hari ini yang kali pertama menuduh Teheran menyasarkan kapal dagang secara langsung sejak permulaan perang Israel-Hamas.

“Tentera Amerika Syarikat (AS) kekal berkomunikasi dengan kapal tersebut ketika ia terus menuju ke destinasi di India,” kata Pentagon.

Menurut Pentagon yang merupakan ibu pejabat Jabatan Pertahanan AS, serangan dron tersebut berlaku 370 kilometer di luar pantai India dan tiada kapal Tentera Laut Amerika berada di kawasan itu.

Tambah kenyataan Pentagon, kapal MV Chem Pluto belayar menggunakan bendera Liberia dan dikendalikan oleh entiti Belanda walaupun ia dimiliki oleh syarikat Jepun.

Sebuah firma keselamatan maritim, Ambrey berkata, kapal tangki kimia itu mempunyai kaitan dengan Israel dan dalam pelayaran dari Arab Saudi ke India.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan bahawa syarikat Belanda yang mengendalikan MV Chem Pluto mempunyai kaitan dengan hartawan perkapalan Israel, Idan Ofer.

Dalam pada itu, tentera laut India berkata, ia telah menjawab permintaan dari kapal tersebut bagi mendapatkan bantuan.

“Sebuah pesawat telah dihantar dan ia tiba bagi memastikan keselamatan kapal terbabit dan anak kapal,” kata seorang pegawai tentera laut. 

Serangan itu berlaku di tengah-tengah serangan dron dan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Houthi di Yemen, di laluan perkapalan Laut Merah yang penting serta dikatakan mendapat sokongan Iran.

Kumpulan itu berkata, ia bertindak demikian sebagai solidariti terhadap Gaza yang diserang tentera Israel. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI