fbpx

Lelaki mati dibunuh dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, susulan penemuan mayat itu, seorang lelaki warga asing berusia 45 tahun ditahan dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut.

Katanya, lelaki warga asing terbabit ditahan di lokasi berhampiran pada hari sama bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut. Lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 29 Disember ini,“ katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI