fbpx

Percutian bajet serendah RM200 di Kota Singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penulis tidak melepaskan peluang bergambar kenangan di Merlion.

SAYA bersama suami dan anak kecil kami memasuki Singapura menerusi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Johor Bahru ke Woodlands, Singapura.

Setibanya di imigresen Singapura, kami berjalan kaki ke stesen bas (kod bas- 903,912,950) untuk ke Transit Aliran Massa (MRT) Woodlands dengan tambang SD2 (RM7) bagi dua orang dewasa.

Setibanya di MRT Woodlands sekitar pukul 8 pagi, kami buat tourist pass (pas pelawat) yang berharga SD24 (RM84) untuk dua orang dewasa tidak termasuk deposit SD10 (RM35).

Tourist pass ini membolehkan kami menggunakan perkhidmatan MRT tanpa had dan destinasi tertentu bagi bas.

Kami sempat singgah makan di restoran McDonald’s versi Singapura dengan harga SD6.5 (RM22.83).

Disebabkan internet saya menghadapi masalah untuk roaming, kami terpaksa beli data dengan harga SD15 (RM52.68).

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke check point pertama iaitu Merlion Park. Kami menaiki MRT ke stesen Raffles Place dan tiba di Merlion Park sekitar pukul 9.30 pagi.

Sebaik tiba di stesen, kami kena berjalan kaki sejauh lebih kurang 300 meter.

Datang ke Singapura, wajib bergambar di Merlion ini. Pelancong memang ramai dan kena bergilir-gilir untuk mendapatkan gambar cantik bersama Merlion.

Memandangkan hari tersebut adalah Jumaat, maka kami dalam keadaan musafir. Oleh itu, kami niat jamak takhir dan qasar sahaja.

Kemudian, kami menaiki MRT laluan Waterfront Station untuk menaiki bas ke Sentosa Island. Walaupun bas ke Sentosa Island tidak boleh menggunakan tourist pass, namun tambangnya hanya SD1 (RM3.50) seorang untuk pergi dan balik.

Pemandangan air terjun buatan di Lapangan Terbang Changi.

Sudah sampai di Sentosa Island, wajib bergambar di Universal Studio Singapore (USS) Globe sebagai tanda sudah hadir. Setelah puas, kami buat keputusan ambil bas kod yang sama iaitu RWS8 untuk patah balik ke MRT sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Kami berjalan dari stesen MRT Bugis menuju ke Arab Street dengan perjalanan sejauh 200 meter.

Di sana, kami makan, mandi, solat dan rehat. Kami makan di restoran Zamzam iaitu nasi beriani dan air sirap dalam satu set dengan harga SD10.50 (RM36.78).

Kedudukan restoran ini memang betul-betul di hadapan Masjid Sultan. Mudah untuk kami solat, mandikan anak dan berehat.

Selesai makan, solat, rehat dan mandi, kami meneruskan perjalanan ke check point keempat iaitu Jewel Changi Airport Terminal 1 pada pukul 4.30 petang. Setibanya di sana, kami melihat pemandangan air terjun buatan manusia yang ala-ala dalam filem Jurassic Park.

WANG dolar Singapura yang digunakan oleh penulis.

Sewaktu di lapangan terbang itu, wang dolar kami habis, suami saya keluarkan SD10 (RM35) lagi buat back up sekiranya memerlukan ketika waktu perjalanan pulang nanti.

Sedang elok, waktu itu rakan kami di Singapura ajak bersua. Jadi, kami dibelanja aiskrim dan makan malam.

Sekitar pukul 6.45 petang kami bergerak ke masjid untuk solat maghrib dengan menaiki kereta sahabat tadi.

Sebelum balik, sahabat kami bawa pusing-pusing Singapura untuk menikmati panorama malam negara jiran itu. Pemandangan Marina bay dan Garden by The Bay sangat cantik pada waktu malam.

Lepas jalan-jalan malam tengok suasana Singapura, sahabat hantar kami ke stesen Kranji sekitar pukul 10.30 malam. Dekat situ, memang ada bas 24 jam untuk masuk Malaysia. Bas dari Kranji ke Woodlands hanya SD1 (RM3.50) seorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI