fbpx
Kamera pintar Xiaomi Smart Camera C301 memiliki kemampuan mengesan gerakan.

Awasi keselamatan kediaman dengan CCTV pintar bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEKANGAN memantau setiap sudut kediaman, premis perniagaan atau ruang dalam bangunan menjadi cabaran utama dari aspek keselamatan.

Malah, manusia tidak mampu untuk mengawal mahupun mengawasi sesuatu lokasi selama 24 jam tanpa bantuan peralatan canggih yang dilengkapi teknologi terkini.

Oleh itu, penggunaan kamera keselamatan pintar menjadi antara keperluan penting bagi membantu pengguna memantau kediaman secara lebih mudah dan selamat.

Hadir dengan pelbagai fungsi pada harga mampu milik, kamera pintar Xiaomi Smart Camera C301 memiliki kemampuan pengesanan gerakan, rakaman berkualiti tinggi dan pemantauan melalui telefon pintar.

Teknologi kamera keselamatan ini membolehkan sistem pemantauan dilakukan dengan lebih mudah, pantas dan efisien.

Bukan sahaja mampu merakam setiap pergerakan, malah boleh menghantar amaran segera kepada pengguna sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.

Kualiti rakaman antara kekuatan utama kamera ini apabila menawarkan resolusi 2K Ultra HD yang mampu menghasilkan imej lebih jelas dan tajam berbanding kamera HD biasa.

Kamera ini menggunakan resolusi 2304×1296 yang menghasilkan imej lebih tajam, jelas dan kekal berkualiti walaupun dizum.

Lensa fizikal kamera Xiaomi Smart Camera C301 mempunyai sudut pandangan statik selebar 107 darjah. Namun disebabkan kelebihan kamera boleh berpusing, luas keseluruhan pemandangan yang boleh dipantau adalah 360 darjah liputan penuh tanpa titik buta (blind spot).

Xiaomi Smart Camera C301 juga mempunyai fungsi pengesanan manusia berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan kamera mengesan pergerakan manusia dengan lebih tepat, sekali gus mengurangkan notifikasi palsu akibat pergerakan kipas, langsir atau haiwan kecil.

Xiaomi Smart Camera C301 mempunyai sudut pandangan 360 darjah.

Setiap kali terdapat pergerakan mencurigakan, pengguna akan menerima notifikasi terus ke telefon pintar melalui aplikasi Xiaomi Home.

Ciri Perlindungan Privasi Fizikal pula membolehkan lensa kamera ditundukkan ke bawah atau disorokkan ke dalam badan peranti secara fizikal apabila mod privasi diaktifkan bagi memastikan tiada rakaman dibuat secara rahsia.

Bagi penggunaan pada waktu malam, kamera ini dilengkapi mod penglihatan malam inframerah yang membolehkan rakaman kekal jelas, walaupun dalam keadaan gelap.

Fungsi ini sangat berguna terutama untuk memantau bayi atau memastikan keselamatan rumah ketika waktu tidur.

Di samping itu, kamera ini menyokong komunikasi dua hala menerusi mikrofon dan pembesar suara.

Kemudahan ini membolehkan pengguna bercakap dengan ahli keluarga atau memberi arahan kepada haiwan peliharaan ketika berada jauh dari rumah.

Proses sambungan Xiaomi Smart Camera C301 ke aplikasi Xiaomi Home boleh dilakukan dengan cepat menggunakan sambungan Wi-Fi, sekali gus membuat ia sangat mesra pengguna.

Apa yang boleh dirumuskan, Xiaomi Smart Camera C301 adalah kamera litar tertutup (CCTV) pintar bajet dengan harga sekitar RM104 hingga RM150.

Memandangkan ia tidak mempunyai rating kalis air atau kalis habuk (IP rating), jadi sekiranya terkena hujan, kelembapan tinggi atau panas terik di luar bangunan boleh menyebabkan kerosakan atau berlaku litar pintas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN