fbpx

Naik tarif air adalah keperluan mendesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Pelarasan tarif air baharu bagi akaun domestik di Semenanjung dan Labuan tahun hadapan merupakan satu keperluan mendesak bagi menampung kos operasi.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, pelarasan baharu itu juga wajar dilakukan memandangkan tiada kajian dibuat berhubung tarif air selama lebih 20 tahun.

“Untuk makluman kita dah bincang perkara ini lebih kurang lima tahun sejak saya mula jadi exco. Sebenarnya hampir kesemua syarikat air beroperasi dengan menanggung kerugian.

“Tetapi kerajaan negeri tanggunglah, memang rugi kerana tarif air terlalu rendah. Kemudian kos terlalu tinggi,” katanya ketika ditemui di Taman Wawasan, Puchong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Izham berkata, keadaan tersebut telah menyebabkan kebanyakan negeri mempunyai air tidak terhasil (NRW) yang sangat tinggi.

“Seperti di Perlis, ia melibatkan lebih 60 peratus air yang dihasilkan. Kalau dia ada 100 liter, 60 liter masuk dalam tanah sebab dia tak boleh nak ganti paip, tak ada duit. Operasi pun dah rugi, apatah lagi nak buat loji rawatan. Mereka tidak ada kemampuan,” ujarnya.

Justeru, kata Izham, keputusan menaikkan tarif air adalah satu keperluan supaya kerajaan negeri dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

“Kita dah beritahu kalau yang terlibat dengan dapat Skim Air Darul Ehsan (SADE), mereka tak terkena dengan tarif ini. Ini hanya melibatkan yang komersial dan sebagainya. Jadi rakyat tidak perlu risau dan rasa terganggu,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan bawah tari air di Semenanjung dan Labuan dijangka meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, penetapan mekanisme baharu itu dijangka menambah hasil kutipan untuk mengatasi masalah (NRW), selain meningkatkan infrastruktur bekalan air. ⁠- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI