fbpx
Kementerian Pengangkutan menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam.

Masih ramai tak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Orang ramai ketika ini masih ‘berkira-kira’ untuk memakai pelitup muka terutamanya di lokasi tumpuan serta dalam pengangkutan awam meskipun terdapat peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Tinjauan Kosmo! di stesen- stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas di sekitar ibu negara mendapati ramai memilih untuk tidak memakai pelitup muka.

Menurut seorang pelajar, Amirah Zainal, 22, dia menyifatkan pemakaian pelitup muka adalah sesuatu yang merimaskan dan bukan lagi satu keperluan de­ngan mendakwa kesan jangkitan Covid-19 tidak seteruk dahulu.

Ujarnya, dia juga lebih selesa untuk bergerak tanpa pelitup muka, namun masih mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di lokasi tumpuan ramai.

“Bagi saya, jangkitan Covid-19 sekarang ini dah tak macam dulu. Lagipun saya juga tidak suka pakai pelitup muka sebab rimas dan lemas.

“Namun, saya masih mengambil langkah waspada sekiranya pergi ke tempat tumpuan, jika ada kewajiban memakainya daripada kerajaan saya akan akur,” kata­nya ketika ditemui di Stesen MRT Bukit Bintang, di sini semalam.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Kharunisa Anas, 28, berkata, dia masih berasa selamat dan tidak risau dijangkiti Covid-19 kerana sudah mendapatkan dua dos vaksin selain dos penggalak sebelum ini.

“Saya tidak terlalu risau de­ngan Covid-19. Lagipun sudah ada dua vaksin termasuk dos penggalak. Jadi saya rasa tak perlu untuk pakai pelitup muka, tambahan pula ia belum diwajibkan,” ujarnya.

Seorang penumpang harian LRT, Zariff Ahmad, 31, berkata, lebih 50 peratus orang yang menggunakan ­pengangkutan awam itu ketika ini tidak mengenakan pelitup muka.

“Setiap hari, saya lihat sema­kin ramai pakai tetapi tak sampai separuh lagi. Boleh dikatakan, lebih 50 peratus penumpang tidak pakai pelitup muka,” jelasnya.

Menurut seorang pengawal MRT di Stesen Bukit Bintang, bilangan penumpang yang me­ngenakan pelitup muka dalam pengangkutan awam masih rendah.

“Semua kakitangan wajib pakai pelitup muka sebagai pencegahan untuk diri sendiri. Namun, untuk penumpang, masih ramai memilih untuk tidak memakai pelitup muka,” ujarnya.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam meskipun belum diwajibkan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN