fbpx

Batuk, kahak berdarah petanda kanser paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai yang tidak menyedari batuk atau kahak berdarah adalah antara tanda seseorang itu menghidap kanser paru-paru.

Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu, tanda-tanda lain kanser paru-paru seperti sesak nafas dan sakit dada, nafas berbunyi atau suara garau, loya, muntah, dahaga atau sembelit.

Selain itu, individu yang mempunyai kanser paru-paru cepat letih atau mengah semasa menjalani aktiviti harian.

“Segera berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan sekiranya mengalami. Jika individu mengalami tanda-tanda ini dalam tempoh lama, disarankan untuk berjumpa doktor dalam kadar segera,” katanya di akaun Facebook hari ini.

KKM turut menyarankan individu berhenti merokok, mengarahkan ahli keluarga merokok di luar rumah, wujudkan zon bebas merokok dan makan makanan sihat serta berkhasiat.

“Individu juga disarankan memakai alat pelindung jika berada di tempat awam. Pengesanan awal ini mampu mengurangkan keterukan penyakit dan kematian akibat kanser,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, pesakit kanser paru-paru mempunyai kadar ‘survival’ terendah kerana sekitar 90 peratus kes kanser paru-paru dikesan pada pesakit di peringkat akhir.

Kanser paru-paru adalah kanser kedua tertinggi di Malaysia dalam kalangan lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI