fbpx

LZS sasar kutipan zakat perniagaan RM167 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (lima kiri) dan Mohd. Sabirin Mohd Sarbini (tujuh kanan) bersama 35 syarikat pemberi zakat perniagaan pada Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (Imtiyaz) di Wisma PKPS, Shah alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM- Lembaga Zakat Selangor (LZS) optimis mencapai kutipan zakat perniagaan berjumlah RM167 juta yang disasar untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, sebanyak RM116 juta kutipan zakat berjaya dibuat bagi kategori berkenaan sehingga November ini.

“Kami akan terus melakukan program dan kempen dakwah supaya lebih banyak syarikat membayar zakat perniagaan sebelum akhir tahun ini.

“Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, ada syarikat yang bayar zakat perniagaan pada hujung tahun. Jadi, saya rasa LZS boleh capai kutipan RM167 juta,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (Imtiyaz) di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, lembaga tersebut menerima zakat perniagaan berjumlah RM19.6 juta daripada 35 buah syarikat.

Dalam pada itu, Mohd. Sabirin memaklumkan pihaknya berjaya mengutip zakat perniagaan berjumlah RM166 juta, pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI