fbpx

Arif Aiman lanjut kontrak dengan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF Aiman (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards ketika menandatangani melanjutkan kontrak. - JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR – Khidmat Arif Aiman Hanapi akan terus kekal di selatan tanah air apabila ambil keputusan melanjutkan kontraknya bersama juara Liga Super 10 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Langkah pantas itu diambil bagi meneruskan kesinambungan kelab pada musim akan datang sekaligus membolehkan karier pemain muda itu terus berkembang memandangkan JDT turut beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia.

“Arif, 21 tahun yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai musim 2021 dan 2022 melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020. Arif menyertai Akademi JDT pada 2018 dan dinaikkan pangkat dari pasukan JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior. Luaskan Kuasamu Johor.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Arif Aiman Hanapi telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan di mana pemain muda itu menjaringkan 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan,” menurut ciapan JDT di laman media sosial, JOHOR Southern Tigers.

Bagaimanapun JDT tidak mendedahkan berapa lama tempoh kontrak baharu berkenaan.

Ketika ini, Arif Aiman menjadi watak penting kepada JDT dan Harimau Malaya yang kini dalam persiapan untuk hadapi pusingan akhir Piala Asia di Qatar, bulan depan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI