fbpx

Zahirah, Aiman bakal timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Aiman Hakim Riza bakal menimang anak kedua selepas isterinya, Zahirah MacWilson kini disahkan hamil.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan Aiman, 34, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Ujar pelakon itu, dia bersyukur dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk menanti kedatangan tahun 2024 apabila bakal menyambut cahaya mata baharu.

“2023 hampir ke penghujung. Tidak sabar untuk 2024. Jumpa awak nanti anak kedua. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Aiman turut berkongsi gambar janin selepas Zahirah melakukan pemeriksaan ultra bunyi.

Bagaimanapun Aiman tidak memaklumkan tempoh kandungan dan juga jantina anak keduanya yang bakal lahir itu nanti.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut menantikan cahaya mata kedua pasangan itu.

“Wah tahniah! Tak sabarnya nak tunggu baby lahir,” ujar seorang pengikutnya.

“Isaac akan dapat adiklah! Tahniah,” kata seorang lagi netizen.

“Tahniah. Tak sabarnya,” komen seorang pengguna Instagram.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI