fbpx

Mayat remaja 14 tahun lemas mandi tali air dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari Muhammad Amirul Haikal di tali air Lorong Indera Sempurna 2, Kuantan semalam.

PETALING JAYA – Mayat remaja berusia 14 tahun yang hilang ketika mandi di tali air di perkampungan Indera Sempurna, Kuantan, Jumaat lalu berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini setelah memasuki tiga hari pencarian.

Mohamad Amirul Haikal Che Jaapa dijumpai pada pukul 10.03 pagi dengan jarak 1.6 kilometer dari lokasi asal mangsa dipercayai hilang iaitu berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Warga pasukan penyelamat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk penduduk setempat dan guru-guru SMK Mat Kilau.

“Terima kasih juga kepada pertubuhan bukan kerajaan yang membantu secara lansung dan tidak langsung sepanjang operasi dijalankan.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga mereka tabah dengan ujian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pelajar SMK Mat Kilau dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama enam rakannya di kawasan tali air pada pukul 3.50 petang, Jumaat lalu.

Menurut bapanya, Che Jaapa Che Endut, 61, dia tidak menyangka kejadian itu menim­pa anak bongsu ya daripada daripada tujuh beradik itu kerana dia seorang yang sering mendengar kata.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada pukul 3 petang kelmarin ketika mangsa meminta izin untuk keluar ke rumah rakan.

“Saya sangka dia hendak ke rumah kawan untuk bertanya tentang urusan sekolah sebab dia memang jarang keluar pada waktu itu. Biasanya dia akan keluar pada pukul 5 petang dan ke atas untuk bermain bola,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI