ROBOTIK merupakan bidang dengan gabungan ilmu kejuruteraan, teknologi, pengaturcaraan (coding) dan reka bentuk bagi menghasilkan mesin atau sistem yang mampu beroperasi secara automatik. Pada masa kini, minat terhadap robotik semakin berkembang dalam kalangan generasi muda selaras dengan kemajuan pesat dunia teknologi digital. Bagi seorang remaja, Krishram Muruga Annanthan, 17, minat terhadap bidang robotik bermula sejak usia tujuh tahun selepas dia tertarik melihat mesin basuh yang berputar dan mula tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi. “Saya memang seorang yang memiliki rasa ingin tahu…














