fbpx

Juventus terlepas kuasai Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA (tengah) berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika Juventus terikat menentang Genoa awal pagi semalam. - AFP

GENOA – Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri tetap mempertahankan barisan pemainnya walaupun mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga teratas Serie A.

Ia susulan kegagalan The Old Lady untuk mengutip tiga mata ke atas Genoa apabila sekadar seri 1-1 pada aksi di Stadio Luigi Ferraris awal pagi semalam.

Allegri, 56, menganggap Genoa berhak meraih keputusan seri itu kerana memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan biarpun menyedari pasukannya berkemungkinan jatuh ke tangga keempat selepas ini.

“Apabila anda mempunyai peluang untuk menamatkan perlawanan lebih awal, anda perlu mengambilnya. Jika tidak, inilah yang akan berlaku.

“Sebab itu saya anggap ini satu mata yang amat berharga. Sekurang-kurangnya kami tidak kalah dan saya harap momentum ini dapat diteruskan,” kata Allegri.

Juventus terlebih dahulu membuka tirai jaringan selepas Federico Chiesa menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-28.

Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila Genoa berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi Albert Gudmundsson di separuh masa kedua untuk membolehkan tuan rumah mengutip satu mata dalam aksi itu.

Buat masa ini, Juventus kekal di tangga kedua tetapi berpotensi ketinggalan empat mata di belakang Inter Milan jika pendahulu liga itu menang ke atas Lazio di Rom awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI