Pertahanan Juventus, Gleison Bremer muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada awal pagi tadi. - Foto ihsan Juventus

Serie A: Juventus kecewa penyudah tumpul Kolo Muani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAZIO – Pengendali Juventus, Luciano Spalletti menganggap ketumpulan penyudah Randal Kolo Muani menjadi punca pasukannya hanya membuka kempen Serie A dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Frosinone, awal pagi tadi.

Menurut Spalletti, barisan mengetahui kemampuan penyerang kelahiran Perancis itu, tetapi apa yang dipamerkan adalah di bawah tahap sebenar selepas pasukan hanya meledak satu gol selepas memiliki 20 percubaan.

Spalletti mengakui amaran awal terpaksa diberikan kepada Kolo Muani untuk tingkatkan prestasi selepas gagal pamer prestasi konsisten sejak dua tahun lalu.

“Kami yang buat keputusan untuk mendapatkan Kolo Muani dan tahu nilainya. Tetapi, dia perlu sedar bahawa dia sudah tidak bermain selama dua tahun dan mesti ada sebab untuk perkara itu.

“Kadangkala anda fikir anda berada pada tahap luar biasa, tetapi sebaliknya yang berlaku dan dia perlu kerja keras untuk mendapatkannya semula

“Penyerang yang kami perlukan mungkin mempunyai karakteristik berbeza. Kita mencipta banyak peluang tetapi mereka tidak mampu memanfaatkannya,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan, Gleison Bremer yang meledak gol tunggal perlawanan mengakui Juventus sepatutnya menamatkan saingan dengan lebih selesa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN