fbpx

Produk haiwan, pertanian Korea tanpa permit import dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maqis Selangor menunjukkan barangan yang dirampas dalam kontena itu.

KLANG – Cubaan sebuah syarikat membawa masuk produk haiwan dan pertanian dari Korea tanpa permit import sah menerusi kontena tidak berhasil apabila dihidu pihak berkuasa di Pelabuhan Klang Barat di sini, Selasa lalu.

Kesemua produk bernilai lebih RM40,000 itu dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kira-kira pukul 3 petang.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kontena.

“Kontena itu didapati membawa muatan daging lembu, sosej dan kepingan daging babi serta ginseng.

“Semakan lanjut mendapati semua barangan yang berada dalam 158 kotak itu tiada sebarang permit import sah oleh Maqis dan dianggarkan bernilai RM40,087.50”, katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI