fbpx

Isteri derita sifilis, suami berskandal di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa dia terpaksa menghadapi derita apabila terkena jangkitan sifilis akibat daripada hubungan seksual suaminya dengan wanita lain.

Perkara itu didedahkan wanita tersebut menerusi perkongsian di laman aplikasi X Meinmokhtar, semalam.

Menurut wanita itu, dia mendakwa suaminya telah melakukan hubungan seksual bersama seorang kakitangan di pejabat.

“Suami saya ada skandal dengan siap pakej mengandung lagi, tetapi mereka telah gugurkan kandungan.

“Sekarang saya mengandung anak kedua tetapi kena jangkitan sifilis. Bayi juga boleh kena jangkitan dan saya reda. Orang lain sedap, saya dengan anak menderita,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata berpandangan agar wanita tersebut sepatutnya tidak reda dengan keadaan tersebut, sebaliknya menuntut penceraian dengan suaminya.

“Akak dah terkena siflis kerana perbuatan suami durjana, serta membahayakan bayi. Ini boleh memudaratkan diri sendiri dan nyawa anak,” ujar Shafiq.

“Failkan penceraian sahaja kalau suami atau isteri curang. Kumpul bukti semua, gaduh dekat mahkamah. Memang teruk lah jenis curang ni, pembawa penyakit,” kata Postal.

“Gila, buat hubungan intim dengan wanita lain dan bawa penyakit kelamin kepada isteri. Tuntut cerai sahaja. Nak rawat semua makan modal, bahkan seumur hidup,” jelas Jarra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI