fbpx

Tiga beranak maut MPV bertembung lori di Lipis Benta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Lipis-Benta di Lipis hari ini.

LIPIS – Tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori ‘loader’ di Kilometer 17 Jalan Lipis Benta di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu MPV jenis Perodua Alza, Nor Faizah Ridzuan, 34, dan anaknya iaitu Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman,10, dan Muhammad Hafiy Azman Abdullah,3, yang merupakan anak angkat mangsa.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, semasa melalui selekoh, tiba-tiba MPV dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh sebuah lori loader dan diseret sehingga merempuh merempuh besi penghadang jalan.

“Akibat kejadian pemandu serta dua penumpang belakang MPV yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI