fbpx

Terima apa-apa komen, saya juga bukan sempurna – Hui Ying

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (dua dari kanan) ketika mengedarkan kalendar 2024 kepada para peniaga di Pasar Chowrasta, hari ini.

GEORGE TOWN – Timbalan Menteri Kewangan baharu dilantik, Lim Hui Ying menganggap sebarang pertikaian yang wujud terutama dalam kalangan warga maya di media sosial susulan pelantikan beliau ke jawatan berkenaan merupakan satu kebebasan bersuara bagi rakyat negara ini.

Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, beliau sudah biasa berdepan dengan situasi berkenaan sejak 2018 iaitu sejak dilantik sebagai Senator kerajaan negeri Pulau Pinang dan kemudian ia berlarutan berlaku sehingga dia dipilih sebagai calon pilihan raya bagi Parlimen Tanjong.

Malah, katanya, pertikaian yang sama juga berlaku ketika dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

”Bagi saya ia adalah kebebasan masing-masing. Saya terima dengan hati yang besar apa juga komen-komen yang saya terima.

“Saya juga bukan sempurna, saya memang tahu. Saya ada kelemahan, setiap orang ada kekurangan dan kelebihan,” katanya selepas mengedarkan kalendar 2024 di Pasar Chowrasta di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, segala pertikaian itu juga tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kepada rakyat.

”Saya hanya boleh berjanji saya akan bekerja sedaya upaya saya untuk membuat apa yang baik untuk rakyat Malaysia dan juga Pulau Pinang.

“Saya terimalah apa sahaja komen, susah hati (disebabkan komen) itu dibelakang. Tetapi di depan semua orang saya mesti tabah dan sabar,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI