fbpx

Remaja lelaki maut motosikal masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa dari dalam longkang menggunakan pengusung.

MIRI – Seorang pelajar tingkatan tiga meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Pemindahan, Marudi di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di dalam longkang berhampiran jalan utama. Pasukan bomba seterusnya mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung.

“Remaja lelaki berusia 15 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI