fbpx

SC perkenal proses pemindahan dipercepatkan daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pemindahan dipercepatkan ke pasaran utama akan membolehkan akses yang lebih luas kepada pelabur. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal memperkenalkan proses pemindahan yang dipercepatkan untuk memudahkan kenaikan syarikat awam tersenarai (PLC) Pasaran ACE yang layak ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Rangka kerja yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 itu adalah sebahagian daripada pelbagai langkah pasaran modal yang diperkenalkan oleh SC untuk merancakkan pasaran saham dan mengurangkan geseran pasaran.

Pengerusi SC, Datuk Seri  Dr. Awang Adek Hussin berkata, pasaran ACE kekal sebagai sumber pembiayaan penting dalam pasaran modal ekuiti Malaysia, dengan 20 penyenaraian Pasaran ACE mengumpul sebanyak RM1.26 bilion melalui tawaran awam awal (IPO) sehingga bulan  Oktober tahun ini.

“Proses pemindahan yang dipercepatkan ini akan memanfaatkan PLC Pasaran ACE yang cukup besar dan layak dengan mempercepatkan pemindahan ke Pasaran Utama untuk kebolehlihatan dan akses yang lebih besar kepada kumpulan pelabur, termasuk pelabur asing dan institusi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pemindahan ke Pasaran Utama, iaitu pasaran terbaik bagi syarikat ternama, membuktikan bahawa PLC di Pasaran ACE telah mencapai standard dari segi kualiti, saiz dan operasi.

Proses pemindahan yang baharu dipermudahkan dan dipercepatkan ini seharusnya memberi insentif kepada lebih banyak syarikat yang tersenarai di Pasaran ACE untuk melakukan usaha berterusan bagi meningkatkan nilai korporat mereka dan mencapai pertumbuhan yang mampan untuk para pemegang saham.

Di bawah proses baharu ini, PLC Pasaran ACE mesti, antara lain, mempunyai permodalan pasaran harian sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk enam bulan yang lalu, dan memenuhi keperluan keuntungan bagi syarikat yang ingin disenaraikan di Pasaran Utama. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI