fbpx

Straits bakal pulihkan kawasan hutan di Taman Negeri Setiu Wetlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (empat dari kiri) selepas majlis menandatangani MoU baru-baru ini.

PETALING JAYA – Straits Energy Resources Berhad (Straits) melalui anak syarikatnya, Benua Hijau Sdn. Bhd. (Benua Hijau), telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dan Pejabat Tanah Setiu iaitu  dua badan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Terengganu.

Pemeteraian tersebut adalah untuk projek penghutanan semula berbilang tahun bagi memulihkan kawasan hutan terdegradasi di Taman Negeri Setiu Wetlands, kawasan tanah lembap semulajadi salah satu yang terbesar di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pengarah Urusan Straits, Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata, pihaknya teruja terhadap usaha sama tersebut bagi projek penghutanan semula berskala besar yang mana ia akan diterajui oleh anak syarikatnya iaitu Benua Hijau.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan kerana membuka pintu untuk kerjasama ini.

“Inisiatif ini juga melibatkan mengambil tindakan penting di lapangan, yang akan memberikan kami tahap penglibatan dan keterlihatan yang tinggi ke dalam projek kami dan membantu kami memastikan kami membuat impak positif yang boleh diukur,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Kam Choy menjelaskan, projek ini adalah sebagai langkah kritikal ke arah bukan sahaja memulihkan keindahan semula jadi Setiu Wetlands, tetapi juga menyumbang kepada perjuangan global menentang perubahan iklim.

“Sebagai tambahan, penghutanan semula Tasik Berombak akan membuka peluang ekonomi yang berharga, melalui pengeluaran sumber hutan mampan, ekopelancongan dan industri kotej tempatan. Ini seterusnya akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta masyarakat sekeliling,” ujarnya.

Tambah beliau, sebagai sebahagian daripada projek penghutanan semula ini, Benua Hijau merancang untuk menanam 100,000 pokok Pokok Gelam (melaleuca) merentasi kawasan seluas 80 hektar, bersamaan dengan 113 padang bola sepak. 

Aktiviti penghutanan semula, yang akan berlangsung selama lima tahun, akan tertumpu kepada kawasan yang ditetapkan di sekitar Tasik Berombak dalam Tanah Lembap Setiu. Tasik Berombak adalah salah satu tasik air tawar terbesar dan ekosistem Gelam di rantau Pantai Timur Malaysia.

Benua Hijau akan menyelaraskan aktiviti di seluruh kawasan yang ditetapkan ini, termasuk penanaman fizikal pokok dan aktiviti penglibatan masyarakat. Benua Hijau juga akan melabur dalam penubuhan pusat semaian dan penyelidikan khusus untuk menyediakan anak pokok Gelam dan mengkaji ekosistem dan rantaian nilai Gelam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI