fbpx

KKD peneraju digital Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai inisiatif berpaksikan rakyat yang telah dan bakal dilaksanakan oleh KKD di bawah teraju Fahmi Fadzil dilihat bakal terus memperkasa pembangunan sosioekonomi dalam era digital kini.

PETALING JAYA – Sepanjang setahun mengemudi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pelbagai inisiatif telah diambil Menterinya, Fahmi Fadzil untuk memastikan agenda kerajaan membantu rakyat tercapai.

Dalam tempoh tersebut, banyak penambahbaikan dilakukan tanpa menjejaskan khidmat kepada rakyat tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Dengan beberapa keutamaan khususnya dalam aspek rangkaian 5G, KKD jelas mempunyai visi menyeluruh dan menyelami denyut nadi rakyat untuk memastikan agenda transformasi berlandaskan Malaysia MADANI mencapai sasaran yang ditetapkan.

Hingga 30 November misalnya, Digital Nasional Berhad (DNB) telah membangunkan infrastruktur rangkaian 5G meliputi 76.1 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan berada di landasan yang baik untuk mencapai sasaran 80 peratus liputan 5G menjelang penghujung tahun ini.

“Pelaksanaan rangkaian 5G ini akan beralih kepada model dwirangkaian seawal Januari 2024 selepas pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Matlamat utama yang ingin dicapai oleh kerajaan ialah penyediaan perkhidmatan 5G yang menyeluruh kepada rakyat pada harga yang berpatutan, di samping penerimagunaan teknologi 5G yang meluas dalam kalangan pihak perusahaan,” jelas Fahmi kepada Kosmo!.

Antara kejayaan KKD dalam tempoh setahun di bawah teraju Kerajaan Madani ialah gaji Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi dinaikkan sebanyak RM500.

Bukan itu sahaja, selaras dengan komitmen kerajaan menjadikan Internet sebagai utiliti asas pada tahun 2021, KKD telah melancarkan Inisiatif Pakej RAHMAH, iaitu pakej perkhidmatan Internet mudah alih dan Internet tetap pada harga lebih rendah kepada golongan sasar seiring konsep Malaysia MADANI yang menekankan kepada pendekatan rahmah dan ihsan selain meningkatkan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh.

“Penjimatan yang ditawarkan menerusi Pakej RAHMAH ialah sekitar 22 peratus hingga 50 peratus berbanding harga semasa di pasaran, manakala Insentif RAHMAH dapat mengurangkan beban kewangan secara one-off bagi golongan sasar yang terlibat.

“Dalam tempoh hingga 31 Oktober lalu, jumlah langganan Pakej dan Insentif RAHMAH telah mencapai sebanyak 426,447 unit,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI