fbpx

Selena Gomez bercinta dengan Benny Blanco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selena dan pemuzik Benny Blanco kini digosipkan bercinta.

PENYANYI dan pelakon, Selena Gomez memberi bayangan seolah-olah sedang hangat menjalinkan cinta bersama penerbit muzik, Benny Blanco.

Gomez, 30, secara terbuka berkongsi beberapa momen indah bersama lelaki itu menerusi InstaStory miliknya.

Menurut laporan portal Pop Factions, pelantun lagu Like A Love Song itu dilihat gembira ketika meluangkan masa bersama-sama Blanco sewaktu mereka keluar menikmati makan malam baru-baru ini.

Bahkan, Gomez juga tidak keberatan untuk berkongsi gambar swafotonya bersama lelaki tersebut dalam Instagram miliknya, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa dia sedang dilamun cinta.

Bekas kekasih kepada penyanyi Justin Bieber itu juga dikatakan seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ kepada pengamal media untuk menulis kisahnya bersama Blanco apabila meninggalkan tanda suka di beberapa buah laporan berita tentang dirinya dengan lelaki tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI