fbpx

Mekanik edar syabu, heroin lolos akhirnya dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes dadah yang ditahan di Tunjang, Kedah pada kelmarin.

ARAU – Seorang mekanik yang melarikan diri ketika cuba ditahan polis kerana mengedar dadah di Arau pada hujung bulan lalu akhirnya berjaya dicekup di sebuah rumah di Kampung Padang Limau di Tunjang, Kedah pada kelmarin.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam berkaitan kes rampasan dadah di dalam kereta jenis Proton Satria di sebuah taman perumahan di sini oleh unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau pada 27 November lepas.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, suspek ditahan selepas dikesan sebagai pemilik terakhir kereta tersebut.

“Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, dua buah MPV mengarahkan sebuah kereta Proton Satria yang dipandu dalam keadaan mencurigakan berhenti di susur keluar persimpangan Pauh.

“Pemandu kereta itu gagal berhenti, sebaliknya terus memecut dan hanya memberhentikan kereta di Taman Tengku Budriah sebelum dua lelaki melarikan diri ke dalam belukar,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut ke atas kereta berkenaan menemui empat paket plastik lut sinar dipercayai syabu seberat 199.80 gram dan tiga peket lut sinar dadah heroin seberat 898.10 gram dengan anggaran nilai keseluruhan RM25,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI