fbpx

Sekolah diarah sedia laporan lengkap dakwaan pelajar dibuli – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (tengah) meninjau kerja-kerja menaik taraf papan di Jeti Chew dan Jeti Lim di George Town, petang tadi.

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung dakwaan kejadian buli melibatkan seorang pelajar, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Cheras.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, KPM akan menunggu laporan daripada pihak sekolah sebelum mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes tersebut.

Menurutnya, kes berkaitan dakwaan buli yang berlaku ke atas Muhammad Daniel berada di dalam radar KPM.

“Kes ini memang dalam siasatan, dan di semua sekolah telah mempunyai satu garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM yang sangat spesifik untuk tangani kes buli.

“Sekolah perlu buat laporan untuk diserah kepada KPM, dan kita akan tunggu laporan daripada sekolah sebelum tindakan selanjutnya,” katanya selepas meninjau kerja-kerja menaik taraf papan di Jeti Chew dan Jeti Lim di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial yang ditemui semalam selepas dilaporkan hilang kelmarin didakwa bertindak melarikan diri dari sekolah kerana tidak tahan dibuli.

Dalam perkembangan lain, Hui Ying berkata, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf papan di Jeti Chew dan Jeti Lim bernilai RM400,000 yang telah berjaya disiapkan dalam tempoh dua bulan.

Tambahnya, kerja-kerja menaik taraf jeti tersebut yang dimulakan pada Oktober dan siap pada bulan ini amat tepat pada masanya kerana jumlah pelancong dijangka akan meningkat hujung bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI