fbpx

Pengunjung ambil peluang tonton filem Malbatt Misi Bakara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tayangan filem Malbatt Misi Bakara di bawah kendalian Mindef berlangsung di pentas utama di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 pengunjung memenuhi pentas utama bagi menyaksikan tayangan filem Malbatt Misi Bakara sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Program yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai mengakui ini adalah tontonan kali pertama mereka ke atas filem berunsur ketenteraan tersebut.

Seorang pengunjung, Zamzuri Hassan, 35, berkata, dia bersama isteri dan dua anaknya teruja ketika menonton Malbatt Misi Bakara kerana sebelum ini tidak berpeluang menonton filem tersebut di pawagam.

“Anak-anak seronok dapat tengok, sebelum ini mereka ada ajak pergi wayang, tapi kesibukkan masa tak dapat saya tunaikan.

“Lepas dapat tahu program hari ini ada tayangan percuma, memang saya ambil peluang bawa keluarga menonton filem Malbatt,” katanya kepada Kosmo!.

Sebelum ini, Malbatt Misi Bakara mencipta rekod sebagai filem termahal pernah dihasilkan oleh karyawan tempatan apabila kos pembikinannya menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Menurut pengarah filem aksi tersebut, Andrian Teh, daripada RM20 juta 70 peratus kos digunakan untuk produksi selain menggunakan khidmat barisan pelakon terkenal antaranya Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim dan Hairul Azreen.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani berlangsung selama tiga hari bermula semalam sehingga Ahad ini bertujuan menyebar luas dan mempromosi dasar-dasar serta inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI