fbpx

Nak tambah anak, kenapa susah sangat ya – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Huda mengakui tidak pernah culas walau sekali untuk berdoa pada Tuhan diberikan peluang menimang cahaya mata.

PETALING JAYA – Bakal mencecah usia 40 tahun, pelakon terkenal Nabila Huda tidak pernah putus harapan agar diberikan rezeki untuk menambah cahaya mata.

Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi, 39, dia juga berharap umurnya dipanjangkan Tuhan untuk merasai nikmat hamil sekali lagi.

“Usia bakal menginjak 40 pada tahun depan, saya rasa patut makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Itu azam 2025 dan mahu tambah anak, kenapalah susah sangat ya.

“Semoga saya dipanjang umur untuk merasa sekurang-kurangnya dikurniakan dua orang anak lagi. Kalau tak dapat dua, satu pun jadilah,” katanya dalam aplikasi X.

Bintang filem Rahsia itu mengakui, keinginan menambah zuriat anak menjadi antara doa wajibnya setiap tahun terutama ketika membuat permintaan sempena hari ulang tahun kelahiran.

Katanya, dia tidak pernah culas walau sekali untuk berdoa pada Tuhan diberikan peluang menimang cahaya mata.

“Setiap tahun orang beri kek dan minta saya berdoa. Nak anak, itulah harapan saya.

“Kalau ada empat kek, maka empat kalilah saya minta. Itu yang saya lakukan setiap tahun sejak mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan.

“Belum dikira lagi doa yang saya minta setiap hari tetapi belum ada rezeki,” tuturnya.

Sejak beberapa tahun lalu, Nabila menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata memandangkan Keisha juga sudah remaja.

Nabila yang mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 2015 pernah hamil sebanyak dua kali, namun mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Sebelum ini, dia dan juga suami masing-masing sudah pun melakukan pemeriksaan kesihatan dan didapati sihat oleh doktor untuk memiliki cahaya mata, keputusannya tiada masalah.

Nabila juga memberitahu bahawa suaminya tidak menyarankan dirinya melakukan prosedur IVF kerana menyakitkan.

Terdahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila, 12, menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008 sebelum bercerai selepas tiga tahun bersama. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI