fbpx

Ribut petir di lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.

“Bagi negeri Perak, MetMalaysia meramalkan cuaca buruk di Kinta, malam ini.

“Manakala di Selangor, hujan lebat dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya.

Bagi negeri Sabah, cuaca buruk diramal di Pantai Barat, Tawau dan Kudat.

“Sementara itu, di Sarawak, hujan lebat diramal melanda Serian, Samarahan dan Mukah,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI