fbpx

“Daniel sempat telefon tiga kali sebelum hilang” – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Danial yang dilaporkan hilang berjaya ditemui semalam

KUALA LUMPUR – “Sebelum Daniel hilang dia sempat telefon saya tiga kali, tapi saya tidak sempat angkat dan tahu-tahu sahaja pihak sekolah maklum anak saya tiada di asrama,” kata Shuhada Jamaludin, 38.

Demikian luahan Ibu kepada Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14 yang dipercayai hilang dari asrama sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras, sejak awal pagi semalam.

Tambah Shuhada, sebelum ini anaknya pernah memaklumkan menjadi mangsa buli di sekolah bagaimanapun dia tidak mendengar aduan tersebut daripada anak lelakinya itu belakangan ini.

“Dia pernah maklum dibuli di sekolah tapi itu sudah lama, 25 November lalu saya ada melawat Daniel dan semuanya baik-baik sahaja, dia dalam keadaan baik dan tiada masalah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai peribadi anaknya, Shuhada memaklumkan anaknya merupakan seorang yang baik dan tidak pernah melakukan masalah sebelum ini.

“Jujur saya katakan dia anak yang baik, dan mendengar kata saya dan suami, dia tidak pernah bertindak sebegini sebelum ini.

“Enel tak ada masalah dalam belajar, dia cemerlang dalam akademik, cumanya dia seorang yang ‘introvert’ selain tak ramai kawan.

“Selain itu, dia juga seorang yang sensitif dan mudah tersentuh, tapi pergaulannya dengan rakan-rakan setahu saya baik,” katanya.

Justeru itu, Shuhada berkata, dia berharap anak sulung dari tiga beradik itu berada dalam keadaan selamat dan dapat segera ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, memohon bantuan orang ramai untuk berkongsi maklumat sekiranya ada berhubung kehilangan Muhammad Daniel.

Menurut Zam Halim, pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi pada pukul 1.21 petang, semalam.

Mangsa kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2023 (semalam), lebih kurang pukul 12.30 tengah malam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran ataupun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI