fbpx

Status AGM PAFA cetus persoalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YADZAN (tengah) dan Irudianathan (kanan) ditemui pada sidang media di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mempersoalkan status Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 21 Disember ini sama ada wajar diteruskan atau sebaliknya kes melibatkan badan induk itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, tindakan Jawatankuasa Bertindak mengadakan AGM ketika kes babitkan badan induk itu sudah diheret ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya wajar dipertikaikan.

Kata Yadzan, AGM yang mahu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Khas itu seolah mencabar arahan mahkamah yang memaklumkan keputusan berhubung pendaftaran PAFA hanya akan diputuskan pada 15 Julai 2024.

“Kita menfailkan isu pendaftaran PAFA ke Mahkamah Rayuan pada 3 Julai 2023 lalu dan ia sudah diterima oleh pihak Mahkamah Rayuan. Perkara ini masih dalam pertikaian dan dalam bidang kuasa Mahkamah Rayuan.

“Keputusan berkenaan akan didengar pada Julai tahun depan, jadi sepatutnya AGM itu tidak boleh dilakukan kerana ia masih dalam proses mahkamah.

“Kita reda jika keputusan mahkamah (Mahkamah Rayuan) tidak memihak kita, tetapi mereka haruslah menunggu hingga ia diputuskan nanti. Kita ikut perlembagaan, ikut akta kami selesai dan harap dapat diselesaikan di mahkamah,” katanya pada sidang media di Shah Alam semalam.

Sebagai rekod, PAFA digantung selama enam bulan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) berikutan kemelut yang melanda persatuan berkenaan selepas wujud pertelagahan antara dua kumpulan yang mendakwa masing-masing sebagai jawatankuasa sah badan induk itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAFA merangkap Setiausaha Kehormat, Datuk Seri G. Irudianathan berkata, kewujudan Jawatankuasa Bertindak itu juga boleh dipertikaikan kerana Menteri Belia dan Sukan tidak dimaklumkan status sebenar isu dalaman PAFA.

“Artikel 80 menyatakan mana-mana ahli gabungan tidak boleh menyertai persatuan lain dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Presiden terlebih dulu.

“Manakala Artikel 16 (4) pula mensyaratkan untuk ahlinya membayar yuran tahunan sebelum 31 Mac setiap tahun, tetapi mereka gagal berbuat demikian pada tahun 2020 sekali gus keahlian mereka dibatalkan,” kata Irudianathan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI