fbpx

Piala Malaysia: TFC sedia sekat impian JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC bakal menampilkan permainan agresif terutama dalam tempoh 20 minit pertama untuk mengimbangi aksi JDT. - FB TERENGGANU FC

TERENGGANU FC (TFC) memiliki ramuan terbaik untuk menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Pengendali TFC , Tomislav Steinbruckner, berkata, anak buahnya berikrar untuk memberi tentangan sengit kepada JDT dengan menampilkan rentak positif dan tidak hanya berkampung di kawasan sendiri.

Jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui, status selaku pasukan bukan pilihan juga memberi kelebihan buat TFC yang turun tanpa sebarang tekanan dengan tumpuan pasti lebih terarah kepada skuad Harimau Selatan.

“Saya akan mempertaruhkan skuad terbaik dengan kembalinya tonggak pertahanan, Azam Azmi Murad, Shahrul Nizam Roshasni dan Safwan Mazlan daripada kecederaan.

“Hanya bek kiri, Alif Zakaria disisihkan kerana masih belum pulih dan mungkin akan digantikan Arif Fadzillah (Abu Bakar),” katanya di Kuala Nerus semalam.

Steinbruckner menegaskan, skuad kendaliannya sangat bermotivasi untuk mencipta kejutan walaupun sedar JDT memiliki pasukan sempurna sehingga di bangku simpanan.

Jelasnya, anak-anak buahnya telah diarahkan agar mempamerkan corak permainan agresif terutama pada tempoh 20 minit pertama perlawanan kelak.

“Kami juga telah melakukan persediaan rapi menghadapi kemungkinan perlawanan diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti.

“Tiada istilah mustahil dalam kamus bola sepak dan tekad untuk memusnahkan impian JDT yang memburu gelaran ‘quadruple’ buat tahun kedua berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pertemuan dengan JDT dalam saingan Liga Super musim ini, TFC sudah memiliki ramuan untuk memerangkap skuad Harimau Selatan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI