fbpx

Jenazah Zayn Rayyan dijangka dikebumi sebelum zuhur – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara sebelum Zuhur, hari ini.

Pada masa ini, ahli keluarga kanak-kanak autistik berkenaan dilihat sedang menunggu laporan bedah siasat di unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Menurut bapanya, Zaim Ikhwan Zahari, 28, urusan pengebumian masih bergantung kepada pihak hospital dan keputusan laporan bedah siasat.

“Kami bercadang untuk melakukan solat jenazah di Masjid Damansara Damai dan akan mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Sekyen 9 Kota Damansara.

“Bagaimanapun kami belum pasti lagi sebab ia bergantung kepada pihak hospital,” katanya yang ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Sementara itu, Sementara itu  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bedah siasat bermula pada pukul 9.30 pagi tadi dan dijangka mengambil masa selama satu ke dua jam.

Sementara itu, wakil pihak hospital yang enggan dikenali berkata, tidak dapat dipastikan status proses bedah siasat setakat ini.

“Semuanya bergantung kepada pihak polis,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 10 malam tadi.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut di kawasan sekitar kelibat kanak-kanak itu dilihat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI