fbpx

Teruskan boikot, berdoa untuk Gaza – Nurul Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ain bersama suaminya warga Palestin, Mohamed A.M. Shaat sewaktu tiba ke tanah air pada 15 November lalu.

PETALING JAYA – “Jangan putus doa dan teruskan boikot,” itu rayuan Nurul Ain Haron kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak sesekali ‘melupakan’ keadaan yang berlaku ke atas penduduk Gaza di Palestin.

Dia memohon agar rakyat Malaysia tidak berhenti mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Gaza selain memboikot produk yang memberi sokongan kepada Israel.

“Saya nak minta sangat pada semua tolong jangan berhenti mendoakan mereka di dalam Gaza.

“Saya minta tolong sangat, saya merayu kepada semua. Jangan putus doa dan teruskan boikot,” katanya menerusi video pada TikTok.

Nurul Ain berkata, pada masa ini dia masih meneruskan sumbangan kepada penduduk Palestin yang turut diuruskan oleh abang iparnya.

“Untuk yang bertanyakan kepada saya, adakah bantuan diteruskan? Ya walaupun keadaan sekarang berbahaya. Alhamdulillah abang ipar saya uruskan bantuan.

“Kita beri bantuan air bersih sebab dah ramai di kawasan dia, orang dah banyak keluar masuk ke kawasan dia yang berdekatan laut,” katanya.

Dalam hantaran video yang lain, Nurul Ain turut memuat naik bantuan air bersih serta baju sejuk yang telah diserahkan kepada penduduk Gaza.

“Dalam keadaan yang sangat-sangat berbahaya, mereka tetap membantu untuk menyalurkan bantuan air bersih dan baju sejuk. Terima kasih tidak terhingga kepada dua biras saya Fadi dan Naser, sanggup membahayakan diri mereka.

“Semoga Allah sentiasa melindungi kalian berdua dan juga semua rakyat Palestin. teruskan berkongsi rezeki bersama mereka dan teruskan mendoakan mereka,” katanya.

Sementara itu, Nurul Ain berkata, tiada kawasan selamat di Gaza, malah kebanyakan tempat berlindung terutama sekolah telah dipenuhi sekali gus tidak lagi menerima kemasukan baharu.

“Keadaan sekarang lebih teruk, maksudnya bila saya berada di sana (sebelum pulang ke Malaysia), keadaan sekarang ini adalah dua kali ganda teruk daripada apa yang saya hadap.

“Kakak ipar sendiri dapat surat dan telefon daripada Israel untuk mengosongkan rumah, tapi tak ada tempat untuk pergi. Walaupun dah pergi ke sekolah, dan diberitahu ‘maaf tak boleh daftar nama mereka’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI