fbpx

Sukan Komanwel 2026 mungkin berkubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN Britain dilaporkan tidak berminat menjadi pengganti menganjurkan Sukan Komanwel 2026. - AFP

LONDON – Nasib penganjuran Sukan Komanwel pada 2026 seolah-olah berada di hujung tanduk selepas Kerajaan Britain dikatakan menolak cadangan untuk menyelamatkan temasya berprestij empat tahun sekali itu sejurus Bandaraya Gold Coast menarik diri.

Sebelum ini, Victoria memutuskan untuk menarik diri daripada menganjurkan Sukan Komanwel 2026 pada Julai lalu atas faktor kos penganjuran yang terlalu tinggi dan Bandaraya Gold Coast menyatakan kesediaan menganjurkannya bersama Perth.

Bagaimanapun, hasrat Gold Coast menjadi tuan rumah sekali lagi selepas menganjurkannya pada 2018 tidak menjadi kenyataan selepas gagal mendapat sokongan daripada Kerajaan Australia.

Biarpun Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengharapkan bantuan Kerajaan Britain, namun United Kingdom telah menyatakan kepada CGF bahawa mereka tidak akan campur tangan bagi menyelamatkan temasya sukan tersebut selepas Gold Coast menarik diri.

Sebelum ini, Birmingham sudah menjadi penyelamat menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022 selepas Durban yang diberikan hak penganjuran pada 2017 dilucutkan kerana bandar dari Afrika Selatan itu berdepan masalah kewangan.

“Tiada sebarang peracangan untuk campur tangan sekali lagi. Untuk kebaikan sukan, ia perlu dianjurkan di tempat lain,” menurut sumber.

Ketika ini, tiada calon lain bersedia untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026 sekali gus menimbulkan kebimbangan penganjuran tersebut mungkin ditangguhkan ke tahun lain.

Difahamkan, kos asal untuk menganjurkan temasya itu di Victoria menelan belanja kira-kira AS$2.6 bilion (RM12.13 bilion), tetapi ia telah meningkat kepada AS$6 bilion (RM28 bilion).

Daniel Andrews, Ketua Menteri Victoria ketika itu menjelaskan bahawa Melbourne tidak bersedia untuk membelanjakan sehingga AS$7 bilion (32.6 bilion) untuk menganjurkan acara sukan yang hanya berlansung selama 12 hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI