fbpx

Peniaga Menu Rahmah Perak diminta daftar dengan KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Pengusaha makanan di Perak yang menawarkan Menu Rahmah diminta membuat pendaftaran dalam laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina, Woo Kah Leong berkata, mengikut statistik seramai 186 pengusaha makanan di Perak telah menyertai program Menu Rahmah sejak diperkenalkan pada Januari 2023.

Namun mengikut kefahaman beliau, terdapat banyak pengusaha restoran menawarkan Menu Rahmah yang masih tidak mendaftarkan dalam laman sesawang KPDN.

“Itu sebabnya statistik rasmi kini mungkin tidak memaparkan keadaan sebenar dan saya percaya sebenarnya akan ada lebih banyak lagi pengusaha makanan di Perak yang telah menyertai program tersebut sejak bulan Januari tapi tidak daftar lagi.

“Oleh itu, saya di sini menyeru pengusaha restoran di Perak yang menyertai Menu Rahmah untuk mendaftarkan diri di laman sesawang KPDN agar pihak kementerian ada statistik yang lebih terkini dari semasa ke semasa,” katanya ketika membuat ucapan penggulungan portfolionya dalam Belanjawan 2024 Perak di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Katanya, terdapat pelbagai inisiatif turut ditawarkan oleh kerajaan yang boleh dinikmati peniaga bagi menjayakan program tersebut.

“Sewaktu lawatan kerja saya bersama dengan KPDN, saya pernah ditanya apa inisiatif yang akan ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu lebih banyak lagi pengusaha restoran untuk menyertai program murni sedemikian.

“Ingin saya maklumkan di sini bahawa usaha yang telah diambil oleh kerajaan perpaduan untuk memperhebat inisiatif Menu Rahmah adalah dengan memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah kepada peniaga dengan kerjasama beberapa pasaraya terpilih mengikut terma dan syarat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI