fbpx

Konflik Palestin-Israel: Ramai askar Zionis dijangkiti cirit-birit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar Zionis berehat di sebuah lokasi di Beeri, selatan Israel pada 14 Oktober lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Pasukan askar Israel yang bertempur di Semenanjung Gaza dilaporkan mengalami penyakit gastrousus, cirit-birit dan keracunan makanan ketika tentera Rejim Zionis itu meningkatkan serangannya ke seluruh wilayah tersebut, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Sejak menyerang Gaza pada 7 Oktober lalu, banyak restoran, rangkaian makanan dan individu membuat sumbangan makanan kepada askar Israel.

Namun menurut doktor, kaedah penyimpanan, pengangkutan dan penyediaan yang lemah telah menyebabkan peningkatan penyakit gastrousus, cirit-birit yang teruk dan suhu badan tinggi dalam kalangan tentera.

“Cirit-birit telah merebak dalam kalangan askar di selatan Israel di pelbagai kawasan tumpuan. Ia kemudian merebak kepada askar-askar di Gaza.

“Hasil diagnosis menemui jangkitan bakteria Shigella yang menyebabkan disentri, penyakit yang sangat berbahaya yang telah merebak dalam kalangan askar di Gaza,” kata Ketua Unit Penyakit Berjangkit Hospital Universiti Assuta Ashdod, Dr. Tal Brosh.

Brosh menambah bahawa wabak penyakit itu boleh menjejaskan keadaan tentera dan pengendalian operasi tempur.

“Jika jangkitan itu merebak dalam kalangan 10 askar dalam sebuah pasukan infantri, di mana mereka mengalami demam selepas suhu mencapai 40 darjah Celsius dan cirit-birit setiap 20 minit, mereka tidak lagi cergas untuk bertempur.

“Ia juga akan menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kematian,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI