fbpx

Banjir: Mangsa berlindung PPS di Pasir Mas menurun 3,260 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas yang berlindung di PPS SK Gual Tok Deh, Rantau Panjang semalam. FOTO ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

KOTA BHARU – Situasi banjir di Pasir Mas semakin pulih apabila seramai 3,260 mangsa masih berlindung di sembilan buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 2,531 orang mangsa berbanding malam semalam.

Menurutnya, kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 989 buah keluarga.

“Sembilan PPS yang dibuka di Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Gual Tinggi, SK Sri Kiambang, SMK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong dan SK Kedai Tanjong.

“Setakat ini, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih melepasi paras bahaya iaitu 9.07 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, paras air Sungai Golok semakin menurun apabila keadaan cuaca semakin baik ketika ini.

Katanya, bagaimanapun, paras Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Kelantan di Tangga Krai berada di paras berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI