fbpx

Terkenang derita Palestin, Fazura sukar rasa bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FAZURA

PETALING JAYA – Hiba mengenang nasib kanak-kanak di Palestin, pelakon Fazura mengakui sukar untuk dirinya berasa gembira ketika ini.

Fazura, 39, berkata, hatinya memikirkan hal tersebut apabila melihat puterinya, Fatima tersenyum riang sedangkan ramai kaum ibu di Palestin menderita dan sedih kerana anak mereka terkorban akibat kekejaman Zionis.

“Anak saya tersenyum sedangkan saya memikirkan kaum ibu di Gaza yang telah kehilangan anak.

“Kini, mereka sedang menghiburkan anak-anak mereka yang cedera akibat serangan berterusan oleh Zionis.

“Sukar untuk benar-benar rasa bahagia hari ini,” katanya dalam satu hantaran InstaStory baru-baru ini.

Selain itu, dia juga turut turun padang ke perhimpunan solidariti termasuk mengibar bendera Palestin ketika hadir menyaksikan konsert Coldplay baru-baru ini.

Fazura merupakan antara selebriti tanah air yang tidak berhenti berkongsi tentang penderitaan rakyat Palestin dan segala kejahatan Israel menerusi Instagram.

Sejak perang yang bermula 7 Oktober lalu, lebih 15,500 orang terbunuh di wilayah tersebut, manakala lebih separuh daripada mereka ialah wanita dan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI