fbpx

Suspek pecah tabung surau ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN CCTV yang memaparkan seorang lelaki memecah tabung surau di Senawang di sini. FOTO : IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Seorang lelaki berputih mata apabila ditahan polis selepas memecah tabung surau di Senawang di sini yang dianggarkan bernilai RM200.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, berdasarkan maklumat suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditahan sepasukan polis pada pukul 11 malam semalam di sebuah taman perumahan di Senawang.

“Suspek ditahan susulan laporan polis oleh seorang pesara berusia 64 tahun yang juga Ahli Jawatankuasa Surau pada 1 Disember lalu yang menyatakan tabung surau di sebuah taman perumahan di Senawang telah dipecahkan dan anggaran kerugian RM200.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah memotong mangga tabung surau dan mengambil kesemua wang yang berada berada di dalam tabung tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Arifai, dengan tertangkapnya suspek dalam kes tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung surau di sekitar kawasan Senawang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI