fbpx

Jangan terperdaya perkhidmatan ‘cash-out’ eMadani – PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya tidak terperdaya dengan tawaran perkhidmatan di media sosial terutama berkaitan penebusan kredit eMadani kepada tunai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, meskipun tiada laporan diterima berkaitan penipuan program eMadani, namun langkah berwaspada wajar diambil oleh orang awam.

“Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan eMadani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihatkan masyarakat agar mengambil langkah berwaspada bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Justeru PDRM menggesa agar pendaftaran program eMadani dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan e-dompet Touch ‘n Go.

“Pengguna juga dinasihatkan untuk tidak menekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan atau e-mel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai juga diingatkan untuk tidak menggunakan orang tengah sebagai pendaftar bagi akaun e-dompet dan mematuhi syarat penggunaan seperti yang ditetapkan kerajaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan secara sekali bayar (one-off) dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

Ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Kewangan (MoF) dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

Bagaimanapun, MoF dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Katanya, langkah itu bakal diambil sekiranya terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`