fbpx

E-Terapi Sakinah bantu suami isteri hadapi konflik keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kakitangan MAINS, Norhizatulfitriah Mohd. Zin menunjukkan aplikasi E-Terapi Sakinah pada Majlis Perasmian Simposium Penyelidikan MAINS 2023 di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini melancarkan aplikasi E-Terapi Sakinah bertujuan membantu pasangan suami isteri dan keluarga Islam yang berdepan masalah rumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Prof. Dr. Zulkifli Hasan berkata, aplikasi itu adalah terapi bantuan awal yang segera, mudah dan selamat dalam menangani konflik dalam rumah tangga sesebuah keluarga.

Katanya, ia dibangunkan hasil kajian penyelidik melalui geran penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS.

“Aplikasi ini menyediakan panduan kepada orang ramai yang berdepan masalah rumah tangga tetapi mempunyai kekangan untuk pergi menemui kaunselor.

“Jika panduan masih tidak membantu baru lah orang ramai perlu mengisi borang dalam aplikasi itu untuk berjumpa kaunselor,” katanya kepada para pemberita selepas majlis perasmian Simposium Penyelidikan MAINS 2023 di sini hari ini.

Aplikasi itu telah dilancarkan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badarudin semasa majlis perasmian tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI