fbpx

Mahkamah: Buruh didakwa sebabkan kematian rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Alias (dua dua dari kanan), didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian kawannya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakannya pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Alias Mokhtar, 39, membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan menyebabkan kematian seorang penganggur, Che Marzuki Che Daud, 45.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh Mohd. Alias di sebuah rumah di Kampung Gelugor Kedai di sini pada pukul 8.30 malam, 19 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah yang tidak menawarkan jaminan terhadap Mohd. Alias menetapkan sebutan semula kes pada 1 Januari tahun hadapan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI