fbpx

1,402 kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak dari 2020-2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak 1,402 kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku di negeri Perak dari tahun 2020 hingga 30 November 2023.

Mengikut rekod, bagi tahun 2020 terdapat sebanyak 332 kes, meningkat menjadi 370 pada tahun 2021, naik lagi kepada 532 kes pada tahun 2022 dan menurun kepada 168 kes bagi tahun 2023 setakat 30 November 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan operasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kes terbabit terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu seksual, fizikal, emosi dan penderaan secara pengabaian seperti dibuang atau tiada ibu bapa.

Katanya, peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2021 dan 2022 yang merupakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat serangan Covid-19.

Jelasnya, dalam tempoh tersebut, tekanan dan kesulitan hidup rakyat yang terpaksa berkurung di rumah telah membuatkan emosi amat menekan sehinggakan kanak-kanak turut dijadikan mangsa.

Kata beliau, Kerajaan Negeri Perak sedar dan bersikap cukup kritikal terhadap kes berkaitan kanak-kanak ini yang diberi perhatian secukupnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI