fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Ayah kamu sudah syahid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Cinta Gaza Malaysia di laman Instagram.

PETALING JAYA – “Ayah kamu sudah syahid. Ayah kamu sudah meninggal dunia.”

Demikian kata seorang kanak-kanak Palestin kepada rakannya.

Cinta Gaza Malaysia menerusi perkongsian video di Instagram menunjukkan, rakan kanak-kanak itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, malah mengatakan bapanya mungkin sedang tidur.

“Macam mana awak tahu (mati)? Mungkin dia tengah tidur,” soalnya.

Rakannya itu kemudian membalas, “Saya nampak dia. Saya nampak dia sedang tidur, dia syahid.”

Perbualan dua kanak-kanak tersebut meruntun hati pengguna laman sosial.

“Pihak Zionis berkata mayat anak-anak yang bergelimpangan itu adalah patung. Mereka sengaja, tuli dan buta,” kata @_leeyanameer.

“Bilalah neraka dunia ini akan berakhir?” komen @sairahsam.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan di Gaza merekodkan anggaran lebih 240 nyawa terkorban manakala lebih 650 penduduk cedera pada hari pertama serangan Israel selepas gencatan senjata berakhir, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI