fbpx

Nasib berbeza England, Itali pada Euro 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROFI Euro 2024 yang bakal menjadi rebutan 24 pasukan di 10 buah bandar di Jerman bermula 14 Jun hingga 14 Julai tahun depan. - AFP

HAMBURG – Juara bertahan, Itali diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama bekas juara dunia 2010, Sepanyol dan pasukan tempat ketiga Piala Dunia 2022, Croatia dalam Kumpulan B Kejohanan Euro 2024 di Jerman tahun depan.

Situasi itu dilihat tidak menjamin tiket mudah ke peringkat seterusnya kerana The Azzurri tewas dua aksi terakhir bertemu Sepanyol, manakala masih gagal mencatat kemenangan ke atas Croatia sepanjang lima pertemuan antara mereka.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pasukan itu termasuk Itali dijangka tiada masalah merakam kemenangan ke atas wakil terakhir dalam saingan Kumpulan B iaitu Albania.

“Para pemain sama sekali tidak boleh lupa bahawa mereka beraksi mewakili Itali. Jadi mereka perlu turun bermain dengan penuh bermaruah dalam setiap perlawanan,” kata ketua jurulatih Itali, Luciano Spalletti.

UNDIAN semua enam kumpulan yang akan beraksi pada Euro 2024 di Jerman bermula 14 Jun hingga 14 Julai tahun depan. – AFP

Sementara itu, England yang tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali pada final Euro 2020 di Wembley, dijangka tiada masalah mengungguli Kumpulan C selepas diundi bersama Slovenia, Denmark dan Serbia.

“Atas kertas anda boleh berkata apa sahaja tetapi semua pasukan mempunyai cabaran tersendiri. Cumanya saya sedikit lega kerana dapat mengelak daripada bertemu lawan-lawan yang lebih sukar,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

Tuan rumah, Jerman juga berdepan tugasan mencabar kerana berdepan lawan-lawan ‘liat’ seperti Hungary, Scotland dan Switzerland dalam Kumpulan A pada kejohanan yang akan berlangsung di 10 bandar bermula 14 Jun 2024.

Juara dunia 2018, Perancis akan berentap dengan Belanda, Austraia dan pemenang playoff antara Wales, Finland, Estonia atau Poland dalam Kumpulan D.

Kumpulan E menyaksikan Belgium, Slovakia, Romania dan pemenang playoff antara Bosnia-Herzegovina, Ukraine, Israel atau Iceland, manakala Kumpulan F melibatkan Portugal, Turkey, Republik Czech dan juara playoff antara Georgia, Luxembourg, Kazakhstan atau Greece. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI