fbpx

Konflik Palestin-Israel: Lebih 700 penduduk Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP menjulang selepas serangan tentera Israel di selatan Gaza hari ini. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Lebih 700 orang terkorban dalam tempoh 24 jam lalu akibat pengeboman tentera Israel, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lapor laman berita Tne New Arab hari ini.

Ia berlaku walaupun Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan bahawa pihaknya telah menggesa Rejim Zionis untuk ‘mengawal’ serangannya ke atas wilayah Palestin.

Pengeboman yang kuat dilaporkan berlaku semalaman hingga ke hari ini di kawasan Khan Younis dan bandar selatan Rafah serta bahagian utara yang menjadi tumpuan kempen udara serta darat Israel.

Kebanyakan daripada 2.3 juta penduduk di Gaza kini berlindung di selatan semenanjung itu selepas tentera Israel mengarahkan orang awam meninggalkan utara pada hari-hari awal perang antara Israel dengan Hamas.

Tentera Israel meluaskan perintah pemindahan di dalam dan sekitar Khan Younis dengan memberi amaran kepada penduduk sekurang-kurangnya di lima lagi kawasan dan kawasan kejiranan untuk meninggalkan atau menghadapi akibatnya.

Penduduk berkata, tentera Israel menggugurkan risalah yang mengarahkan penduduk berpindah ke selatan, Rafah atau ke kawasan pantai di barat daya. 

“Bandar Khan Younis adalah zon pertempuran berbahaya,” risalah itu berbunyi. 

Rakyat Palestin dan kumpulan hak asasi manusia bimbang Israel melancarkan pelan permainan yang sama seperti yang dilakukan di utara, menggunakan serangan udara dan pengeboman untuk mendorong lebih ramai orang awam berpindah ke selatan.

Menjelang penyambungan semula pertempuran, AS yang merupakan sekutu terdekat Israel telah memberi amaran kepada Israel untuk mengelakkan perpindahan besar-besaran baharu penduduk yang ketara, tetapi rayuan itu tidak dipatuhi Rejim Zionis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI