fbpx
Khaizalullinudin dan Rosima menunjukkan gambar terakhir sambutan hari jadi anaknya di Astana Alam, Puncak Alam, Kuala Selangor. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

‘Abe nak pergi jauh’ rupanya petanda akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – “Selain beritahu mahu ‘pergi’ jauh, Abe makan banyak ketika sambutan hari lahirnya minggu lal”.

Itu kata ibu kepada Khairil Izani Khaizalullinudin,10, yang hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh longkang ketika bermain bola di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam, di sini, Selasa lalu.

Menurut Rosima Zakaria, 35, dia menyedari perubahan anak sulung daripada tiga beradik itu ketika sambutan hari jadi bersama keluarganya di Kajang pada 26 April lalu.

“Pada waktu itu, kami pelik melihat Abe makan hampir semua hidangan makanan termasuk yang tidak digemarinya seperti nasi impit, kuah kacang dan bihun.

“Sewaktu berjalan kaki ke lokasi kejadian, Abe juga sempat menjawab pertanyaan pengawal keselamatan mahu pergi jauh-jauh,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Astana Alam di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan bapa mangsa, Khaizalullinudin Noordin, 45, yakin mayat ditemukan di tebing sungai Sungai Buloh, Ijok di sini, Khamis lalu adalah anak lelakinya.

Tambah Rosima yang juga suri rumah, dia turut yakin jasad itu adalah Khairil Izani berdasarkan keadaan kaki dan seluar gelap dipakainya.

“Apabila melihat kakinya, saya sudah tahu jasad itu adalah Abe yang kami amat rindui sehingga saat ini,” ujarnya.

Sementara itu, Khaizalullinudin berkata, keluarganya masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pihak berkaitan.

“Redha dengan ketentuan Ilahi, kami cuma berharap proses DNA itu dapat dipercepatkan bagi membolehkan urusan pengebumian dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN