fbpx

Istana Neuschwanstein dan Machu Picchu dinobat tarikan utama pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Neuschwanstein terletak berhampiran perkampungan Hohenschwangau di selatan Jerman dirakam pada 2 Jun 2020. - AFP

LONDON – Istana Neuschwanstein yang terletak di selatan Jerman dan Machu Picchu di Peru dinobat sebagai dua tarikan pelancongan yang paling banyak mendapat permintaan di seluruh dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dua lokasi itu menduduki tangga teratas dalam senarai 16 tarikan pelancong paling banyak mendapat permintaan yang disediakan oleh sebuah rangkaian perkhidmatan hotel, Premier Inn. 

Lawatan ke Studio Harry Potter di Britain menduduki tangga kedua dalam senarai, manakala Muzium Ghibli di Tokyo, Jepun yang mempamerkan karya animasi berada di tempat ketiga.

Lokasi yang menduduki tangga keempat dan kelima dalam senarai ialah Sky Garden di Britain dan Gunung Fuji di Jepun. Gereja Santa Maria delle Grazie di Milan, Itali dan Muzium Van Gogh di Belanda pula berkongsi kedudukan keenam.

Menara jam Big Ben di Britain dan Kota Larangan di China berkongsi kedudukan ketujuh, manakala tiga lokasi berkongsi kedudukan kelapan ialah Rumah Anne Frank di Amsterdam, The Catacombs di Paris dan Galeri Borghese di Rom.

Taman hiburan paling terkenal di dunia, Walt Disney World di Amerika Syarikat (AS) pula menduduki tempat kesembilan dalam senarai. 

Di tangga ke-10, terdapat dua lokasi yang mendapat permintaan ramai iaitu Patung Liberty di AS dan khazanah seni The Sistine Chapel di Vatican City. – Agesni

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI